Sambal atau ayam masak merah memang satu juadah yang popular sekali, terutamanya di kenduri-kendara atau jamuan. Bila kita makan sambal ayam di kenduri sahaja, mesti rasanya lebih sedap jika berbanding dengan sambal yang dimasak sendiri.
Sebenarnya, ada beberapa petua untuk kita dapatkan sambal atau ayam masak merah yang sama padu macam kenduri. Ikuti petua-petua rahsia tukang masak ini sekarang.
Penggunaan Ramuan Yang Segar
Dalam semua juadah sambal, bahan yang paling penting sekali adalah bahan tumisan. Masakan sambal selalunya dimulakan dengan tumisan bawang putih, bawang merah, dan serai.
Rahsia untuk kita mendapatkan aroma dan kelazatan daripada ramuan ini sebenarnya bukanlah datang daripada cara kita menyediakannya. Ramai beranggapan bahawa bahan tumisan yang dikisar itu akan jadi kurang sedap berbanding apabila ia ditumbuk dengan lesung batu.
Sebenarnya, kunci keenakan sambal itu datang daripada kualiti bahan itu sendiri. Pastikan bawang yang anda pilih segar dengan warna yang terang tanpa kesan-kesan lebam atau layu. Untuk serai pula, pastikan ia mempunyai batang yang keras dan kuat serta daun yang tidak terlalu kering.
Tambahan Sos Tomato
Dengan sos tomato yang baik, anda tidak perlu pening kepala lagi untuk menambah perasa atau pemanis yang terlalu banyak.
Selepas anda selesai menumis, tambah sahaja sos tomato MAGGI® untuk dapatkan rasa yang lagi syok dalam masakan sambal ayam anda. Sos ini ada rasa masam, manis, dan masin yang dapat memberi tekstur dan rasa yang lebih enak kepada sambal anda. Nak ekstra pedas, guna sahaja sos cili atau sos Thai.
Cara Kisar Cili Kering
Ramai yang tidak tahu petua ini kerana kebanyakan orang sering campak dan kisar sahaja cili kering tanpa berfikir panjang. Sebenarnya, cara kita sediakan cili kering itulah yang akan menentukan tahap kepedasan sambal kita.
Jika anda mahu sambal dengan kehangatan kaw-kaw, kisar cili kering dengan bijinya sekali. Rasa pedas pada cili ini terletak pada minyak yang anda pada bijinya. Jadi kalau anda nak sambal yang pedas, tak perlu buang biji dan kisar sekali dengan bawang dan serai untuk ditumis.
Sebaliknya, jika anda mahu buat ayam masak merah dengan rasa yang tidak terlalu pedas sesuai dimakan oleh seisi keluarga, buang sedikit biji cili kering itu. Ada yang buang semua biji kerana tidak mahu sambal mereka pedas langsung. Semuanya terpulang kepada citarasa anda.
Resipi Ayam Masak Merah Sempoi
Kalau anda tak nak pening kepala, guna sahaja resipi yang mudah dan ringkas ini. Tak perlu lagi risau nak memikirkan pemilihan atau penyediaan bahan yang banyak, sebab resipi ini menggunakan pek segera MAGGI® Sambal Tumis.
Pes sambal tumis segera ini sudah diperbuat daripada ramuan yang segar dan berkualiti, jadi anda gerenti dapat rasa sambal yang padu. Hanya perlu sediakan bahan-bahan asas dan beberapa perencah MAGGI® sahaja untuk buat satu hidangan yang pasti dapat memikat selera keluarga.
Tak percaya? Dapatkan resipi ayam masak merah ini di https://www.maggi.my/ms/resipi/ayam-masak-merah/. Tentukan sahaja saiz hidangan dan anda bakal dapat resipi dengan jumlah bahan yang disesuaikan.