Anda merancang untuk memiliki sebuah apartment di Cyberjaya? Pilihan anda sememangnya tepat kerana ada banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sini. Bandar yang digelar pusat IT Malaysia ini menjadi lokasi pilihan pelbagai syarikat teknologi dan multimedia untuk beroperasi. Dengan menetap di sini, anda berpeluang melawat tempat-tempat yang berikut di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya.
Tamarind Square
Ingin melawat tempat yang sesuai untuk OOTD anda? Tamarind Square adalah destinasi pilihan terbaik. Kawasan ini dibina dengan persekitaran indah dan cantik menempatkan pelbagai tempat menarik, seperti kafe-kafe eksklusif yang menjadi pilihan orang ramai untuk makanan dan nilai estetikanya. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membeli-belah buku-buku yang dijual dengan harga rendah di Bookxcess! Anda juga berpeluang melawati kafe permainan WePlayGames untuk hiburan yang produktif.
D’ Pulze Shopping Centre
Hiburan hujung minggu kini mudah dengan D’Pulze Shopping Centre, pusat beli belah serba lengkap di Cyberjaya. Menetap di Cyberjaya tidak lagi memerlukan anda untuk membuat perjalan jauh ke ibu kota untuk berbeli-belah, menonton wayang, dan berlibur bersama keluarga. Di D’Pulze, anda disediakan dengan pusat beli-belah, pasar raya, panggung wayang dan juga kedai teh boba premium kegemaran anda.

Taman Tasik Cyberjaya
Mencari aktiviti untuk pengurusan stres yang baik setelah penat bekerja di hari minggu? Lawati Taman Tasik Cyberjaya untuk aktiviti riadah yang berkualiti untuk anda seisi keluarga. Dilengkapi trek joging mengelilingi tasik yang indah dengan tanaman yang cantik, Taman Tasik Cyberjaya boleh menjadi tempat untuk anda dan keluarga beristirahat dan membuat aktiviti rekreasi untuk minda dan badan yang sihat pada hujung minggu. Jika anda ingin melengkapkan kehidupan anda dengan aktiviti fizikal, di tempat ini sememangnya ideal.
Dataran Putra
Luangkan malam minggu anda dengan melawat Dataran Putra yang terletak tidak jauh dengan bandar Cyberjaya. Dataran Putra adalah satu dataran bulatan terletak di kawasan Masjid Putra. Anda dapat menyaksikan landskap yang hebat di sini. Dibuka pada setiap masa, lampu-lampu yang menyinar seni arkitek di waktu malam sememangnya satu pemandangan yang anda tidak boleh lepaskan. Dataran ini juga meriah dengan aktiviti riadah seperti skating, rollerblade, dan berbasikal pada sekitar jam 6 petang.
Lihat video dibawah untuk melihat keindahan di Dataran Putra sekarang.
Kesimpulan
Sememangnya Cyberjaya adalah satu pusat yang dikelilingi banyak tempat menarik. Anda impikan untuk menetap di sini? Dapatkan apartment mampu milik dan berkualiti di Cyberjaya dari laman web pemaju perumahan LBS Cybersouth di https://www.lbscybersouth.com.my/projects/kita-impian/ sekarang!